Khamis, 2 Oktober 2014

MASALAH KEPUTIHAN WANITA

12:11 PTG sihatsemulajadi
Apa itu keputihan?
Masalah keputihan adalah sinonim pada wanita. Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu keputihan yang keluar dari faraj wanita dan mempunyai pelbagai sifat dan berbeza pada setiap wanita yang lain.
Lazimnya, keputihan yang tidak berubah warna kepada kekuningan dan kehijauan bererti tiada jangkitan. Jika keputihan berlendir dan tidak membeku seperti susu basi atau berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Bagaimana masalah keputihan terjadi?
Keputihan berubah mengikut perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubat-ubatan dan juga penyakit dalaman.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Keadaan stress juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial Vaginosis, Candida Vaginitis, Trichomonas Vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat yang berbeza dan bauan tertentu.
Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah lendiran biasa dan bukan disebabkan jangkitan.


Simptom-simptom anda mengalami masalah keputihan.

  1. Mengalami masalah kegatalan pada faraj.
  2. Kerap mengalami 'white discharge' berwarna putih dan kekuningan serta berbau.
  3. Tidak selesa apabila 'bersama' suami.
  4. Perlu memakai panty liner setiap hari.

Bagaimana mengatasi masalah keputihan?

Antara amalan-amalan tradisional yang boleh diamalkan adalah seperti dibawah. Dan setiap kesulitan/penyakit itu ada ubatnya cuma kita kena berusaha untuk mencari penawarnya.

Yang penting dapatkan nasihat doktor!!

Cara Pertama
1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

Cara Kedua
1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2. Kemudian sediakan 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.


Cara Alternatif :

Anda boleh mengambil supplemen ALFALFA COMPLEX sebagai jalan penyelesaian. Ia bukan sahaja membantu dalam mengatasi masalah keputihan malah pelbagai masalah-masalah  lain..

Bagi yang berminat boleh hubungi

IZA
012-6922403
FB:Khairiza Rashid
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan

Rabu, 2 Julai 2014

SET BULAN PUASA



Assalamualaikum semua..Alhamdulillah..dah masuk 4 Ramadhan hari ini..semoga amalan kita semua dilipatgandakan...
Hari ni saya nak share tentang vitamin yg dapat membantu kita semua dan anak2 kita yg baru nak berlatih puasa utk bertenaga sepanjang tempoh berpuasa..Insyaallah...Allah yg mengizinkannya..Produk Hebat yang berkesan..Alhamdulillah..
♥Kalau berminat nak cuba..pm or wassap saya yer♥

★Energy Booster untuk Berpuasa★
Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.
Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), mighty 3 gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.
Dan berbuka puasa dengan mighty 3 gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.
Bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak.
☆ Performance drink :
Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.
Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

☆ Energizing Soy Protein (ESP) :
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. 
Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
Membekalkan tenaga.
Memberikan rasa kenyang.
Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
Membanyakkan susu badan (milkbooster).
Membantu mengekalkan kepejalan otot.
Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

☆ Meal Shake :
Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

*** Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.
Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama.
Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

IZA
012-6922403
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan

Ahad, 11 Mei 2014

SIHAT BERPANTANG BERSAMA SHAKLEE

Alhamdulillah...rasa beza sangat berpantang kali ni...hari ni masuk 2 minggu dah dalam berpantang..tp dalam masa seminggu lepas bersalin aritu dah x rasa macam bersalin..hehe...cuma jalan still kena control lagi..xleh la nak lasak2...walaupun jahit sama macam anak2 sebelum ni tapi rasa sihat dan x rasa sakit pun...tukang urut yang datang mengurut pun bgtau masa hari ke 4 tu katanya batu meroyan pun dah kecut...misi yang datang cek kat umah pun ckp cepat betul kecut ye sambil pegang kat perut...dalam hati lega nye rasa..

Mungkin salah satu sebabnya kali ni dari mengandung sampai la bersalin memang dah amalkan vitamin2 Shaklee...memang langsung x ambik ubat klinik..Memang dos2 pengambilan vitamin Shaklee ni pun saya ambik lebih dari hamil sampai la dalam pantang ni....anak yang no 4 ni pun masa lahirkan dia terus celik biji mata...rasa masa tu tekejut jgk...yela sebelum ni besalin nak tgu baby buka mata kat 12jam lepas besalin baru la nampak mata dia...memang beza sangat2...tali pusat pun masuk hari ke 5 dah tertanggal..mmg cepat dari anak2 yang lain...

Dan yang paling best....saya x mengalami masalah rambut gugur pun berpantang kali ni...kalo dibandingkan sebelum2 ni..MasyaAllah..dah macam nak botak kepala mana x nya rambut gugur punya la banyak x ingat...

Nak tau cara pengambilan vitamin shaklee yang saya amalkan...

boleh pm/ wasap

IZA
012-6922403
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan


Khamis, 8 Mei 2014

KERANA TAKUT PADA KEGAGALAN

Bila mana teringat satu saat pernah jatuh bertimpa2...segala2nya hilang..yang ada hanya suami pendorong terbesar yang terus menyokong dan beri motivasi agar tidak terus memikirkan tentang kegagalan dan kerugian yang menimpa...

Subhanallah..rasa saat itu memang tak tertanggung dek bahu untuk memikul segala yang berlaku..rasa dihimpit2...namun berkat kecekalan dan dorongan suami serta tawakkal kepada Allah...muhasabah diri atas apa yang telah terjadi...Alhamdulillah..kini sedikit demi sedikit terasa betapa longgarnya keperitan hidup pergi dengan senangnye...Sesekali terlintas..Inilah Ujian Allah buat diriku...

Alhamdulillah memang tak tercapai dek akal bila tiba2 berada dalam 1 situasi yang agak selesa namun masih perlu terus berusaha untuk mengecapi keselesaan yang lebih lagi...

Teringat bagaimana mula menjerumuskan diri dengan bisnes Shaklee ni...hanya kerana anak dan tidak terlintas langsung untuk berniaga..Namun Allah telah membukakan pintu hati untuk mencuba..Berat mulut untuk meminta rm65 daripada suami pada masa itu kerana tahu hanya dia seorang sahaja yang mencari nafkah untuk kami sekeluarga...dan disebabkan kisah2 silam yang terus dirundung kegagalan dalam perniagaan menyebabkan aku terus berpikir dan berpikir bagaimana cara untuk memulakan bicara untuk memulakan perniagaan produk Shaklee...Akhirnya ...Alhamdulillah memang tidak terkata rasanya bila mana suami menghulurkan wang sejumlah rm65 untuk mendaftar kan diri sebagi ahli Shaklee..masih ingat lagi pada masa tu hujung bulan January 2013...Masa tu memang tekad untuk teruskan perjuangan merubah persepsi orang luar yang hanya memandang aku sebagai orang yang gagal dalam berniaga..

Hasil bulan pertama sebanyak rm25..ni yang membuatkan aku tenung dan renung sejenak..betul ke nak bisnes Shaklee ni? Rm 25 je dapat...mcm x balik modal je..tapi hati terus nak jugak bisnes..xkan nak beralih arah plak? nak bisnes ape lagi? xpela dah alang2 join ni teruskan je la...

Bulan ke 2 sekali lagi en posmen smp untuk menghantar hasil dari bisnes shaklee...buka sampul surat ade cek bernilai rm80..uuurrmmmm...ok la rm80..nmpknye kena terus usaha lagi ni..mcm mn nak buat ye? bermula bulan ketiga sedikit keazaman telah tertanam untuk terus berusaha hingga dapat apa yang diidamkan..menuntut ilmu tanpa kenal erti jemu..ke hulu kehilir bawak anak2 masa tu..x kira la asalkan ade je dengar nak wat coaching..memang pergi...dengan nak usung laptop lagi anak2 lagi...xpela...nekad dah ni..hari2 dok mengadap dpn laptop berbelas2 jam lamanye...

Alhamdulillah..bulan ke 3 dapat rasa rm200...wow..walaupun nilai tu x seberapa tapi masa tu dah dapat rasa x mustahil untuk dapat 4 ,5 angka kalau mcm ni..yang penting  adalah keberkatan dan keredhaan Allah dalam kita mencari rezeki...Masa tu dok muhasabah diri...dan pikir rezeki Allah yang beri..kita hanya perlu berusaha dan tahu macam mn nak jemput rezeki tu dengan mudah...

Disinilah bermulanya titik permulaan bila masuk bulan ke 4 hasil bonus bisnes Shaklee telah mencecah
 RM 2 ribu..Terasa nikmatnya dengan rezeki yang Allah bagi...dan kini telah 1 tahun 5 bulan bersama-sama anak-anak buah berada dalam group Shaklee ni...Alhamdulillah bonus juga telah berganda2 dan merasai tambahan untuk bonus kereta...Syukur padamu Ya Allah..

Dan tika ini terus berazam untuk memperolehi kejayaan seperti orang lain dan akan terus mencari Redha Illahi untuk mencapai kejayaan...Terima kasih buat Suamiku tercinta atas sokongan yang tidak pernah kenal erti jemu...



Bagi anda yang berminat untuk berada bersama2 kami boleh hubungi

IZA
012-6922403

Selasa, 6 Mei 2014

TESTIMONI INCHLOSS

Terdapat pelbagai set kurus yang semestinya menarik perhatian ramai terutama yang inginkan bentuk badan menawan.

SET KURUS SHAKLEE merangkumi 3 langkah mudah iaitu BUANG, BAKAR DAN BINA...



TESTIMONI INCHLOSS DENGAN SET KURUS SHAKLEE

Bagi yang berminat boleh hubungi

IZA
012-6922403
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan

SELAMI JIWA ANAK-ANAK

12:53 PTG sihatsemulajadi
Jom selami jiwa anak-anak...
Masalah ibu cepat marah anak-anak :

Puan senang saja, saya pun mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara2 mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

1) baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila anak2 melihat muka puan, jgn ada mimik marah, jeling atau masam cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Pandanglah anak2 puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.

2) panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yg kita nak anak buat.

3) puan sungguh lucky tidak bekerja dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak2 semasa anak2 tengah main join anak2 dan bergurau insyallah bila anak2 melihat ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak2 akan berubah. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak2 ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama2 anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata.Last skali sekiranya puan betul2 tak dapat control puan lihatlah anak2 seperti esok kita dah tak jumpa anak2 kita lagi. Maaf ingat anak2 bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.

4) setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun2 anak2 dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg puan impikan pada anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak2 subhanallah doa n bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul2 dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.
Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita puan.Anak memang itu fitrahnya bila kita pukul atau marah anak2 tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak2 puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.



Jom kongsi artikel ni...

SET PENYUSUAN BAJET

12:47 PTG sihatsemulajadi
Set Penyusuan Shaklee PALING BAJET, memang HOT dan paling LARIS .... Walaupun paling bajet..tapi hasilnya memang SUPERB!!...


- Alfalfa bagi menggalakkan pengeluaran susu badan
- ESP bagi memekatkan susu badan


Jumaat, 2 Mei 2014

PENGALAMAN BERSALIN PART 2

Haa..genap seminggu hari ni besalin anak yang no 4..hehe..patutnye pengalaman besalin part 2 nak citer psl besalin ank no 2..tp sbb dh besalin ni...nak citer yang psl no 4 dulu la..fresh lagi ni...

Nak dijadikan citer..dah tgu2 lama sgt mp 39mingggu xbesalin lagi..sbb biasa plg lewat pun 37 mnggu..so sabtu pagi 26 hb april tu husband ajak balik selayang..ambik anak2 yang mmg mak saya dah ambik kat 2 mnggu..konon nye kot saya besalin malam ke..so..sabtu tu jugak mak metua saya bertolak dari Pasir Mas nk datang ke Temerloh...

Pagi tu..mcm biasa la..sakit2 jgk..rasa la sikit2 tp sebab mmg selalu sangat dh mcm tu...so, wat xtau je la..lps breakfast trs g Selayang...smp umah mak dlm kol 10 lebih..elok punye sembang bedekah2 gelak tetiba rs nak g toilet...ms nak flush..aik..ade darah...siap kuar toilet..tny adik2....ade sape2 period dlm umh ni..adik saya yg sorang tu bgtau ade la kenapa...adooiii nape x flush bersih2..hehe..konon2 nye ingt ke pasal derang period x flush elok2..pastu tetiba rs cam sakit perut nk membuang plk...masuk toilet semula....sekali tgk kat panty ade darah....waaaaaaaaaa....darah sendiri rupanye...haa sudah la ..nk besalin dah ke..

Keluar toilet trs panggil mak...pastu panggil husband plak ajak p klinik dulu..konon nak g cek jalan dulu..nk tgk dh bk brp cm...smp klinik doktor pompuan plak xde..cuti...so my hubby ajak trs g hospital..so..kami terus g Gombak Medical Centre...nasib baik dekat je ngan Selayang tu...smp spital tu..tny misi tu nak besalin kat sini tp x penah cek up pun kat spital tu..so..misi tu trs tunjuk pakej2 yang ade..n trs soh g wat CTG dulu smntr dia panggil doktor..

Masa wat CTG tu misi tu ckp akk sakit bgtau tau..akk picit button ni..
oo ok..xpe..x sakit lg..
aik..tgk CTG ni cam ade contraction...xrasa ke kak...
aah xde pun..sikit2 gtu jela..xdela kuat pun..

lps 20 minit doktor masuk..sambil sembang2 tu doc ckp nak cek jalan dulu...huhu..dah buka 5cm rupanye..
ok..kita tolak terus masuk labour room ye..
keluar dari bilik tu trs panggil husband bgtau nk kn masuk labour room dah..so..trs la kami jalan je g labour room tu...
kak..baring jap..saya masuk ubat utk membuang ye..nanti akk g toilet terus tp jgn teran sgt...
ok..
so dah settle g toilet masuk balik labour room ..husband kat sebelah tny ok ke..
hehe..ok je la sbb xrasa sakit lg..
doktor plak masuk n tny dah buang dah..
dah doktor..
ok saya nak cek jalan lg sekali ye...uuiishhh..dh buka 8cm..ok..saya nak pecahkan air ketuban ye
lepas je air ketuban tu pecah...haaa terus rasa nak teran je..
doktor ..rasa nak teran dah ni..
sabar ye..tarik nafas dulu...hembus..tarik nafas...br buka 8 cm ni..
ok tarik nafas ...rasa nak teran terus teran ye...dgr doktor bg arahan...
sambil tu dengar jgk my hubby dok cakap sikit je lagi sambil pegang tangan lap2 peluh sume..
mmg masa tu perasaan nak bg keluar je xmo dah tunggu2 sebab dah tambah dengan sakit
contraction tu...
Alhamdulillah..pkl 1.02 petang selamat besalin ..tmbh 1 lagi anak dara..hehe..baby girl lagi..berat 3.3kg
Doc panggil my hubby utk potong tali pusat sambil selawat..tekebil2 my hubby sbb selama ni 3 anak dia yang sebelum ni doktor yang watkan..

Alhamdulillah..kali ni mmg my hubby rasa dan tengok a sampai z...dari cek jalan pecah air ketuban besalin jahit bersihkan baby potong tali pusat sume dia rasa n tengok..sblm ni doktor hny bg masuk time besalin je..lepas tu kena kuar dah dr labour room tu..

Dan kali ni jgk first time tgk uri sendiri ..hehe..dah masuk anak 4 br dpt tgk...sblm ni xpenah tgk langsung...
Alhamdulillah jahit pun x bnyk n bius plak..(ni la yang dok risau sgt selama ni..takut jahit xbius..hehe)..smp malam rilex je..xrs ape2 ..dh mcm x bersalin pun ade..tp kn jg2 jgk..hehe

Disebabkan mak n ayh metua pun dh smp Temerloh..so, ahad tu kuar dari wad singgah umah mak jap ambik anak2..lps zohor terus balik Temerloh..

Alhamdulillah kali ni mmg rs sihat dan betenaga je ...susu pun Alhamdulillah banyak dan masuk hari ke 6 dah soh my hubby p cari pam nak pam susu...xdela prepare awl2 sbb ingt kot nk hujung2 habis pantang br nk start pam..tp memandangkan dah bengkak2 ni ..hehhe...kn start pam awl2...Alhamdulillah rezeki untuk anakku...Hasil dari Doa dan mengamalkan supplemen yang terbaik sejak dari hamil lagi...

Ok...nt kita tunggu citer part besalin anak no 2 dan 3 plak ye...nak kena rest la jgk dlm pantang ni..hehe..

Jumaat, 25 April 2014

PENGALAMAN BERSALIN PART I

Alhamdulillah...dengan izin Allah dpt lg hirup udara nyaman dan segar hari ini. Genap dah 39minggu pregnant...hari2 dok tunggu bila la masa nak besalin...kali ni pregnant yang ke 4...3 orang sebelum ni paling lewat pun 37 minggu dah keluar...agaknye baby dalam perut ni nak menikmati lagi khasiat2 vitamin yang umi dia dok mkn tiap2 hari...heheheh

Kalau citer bab2 pengalaman besalin ni....mmg dr besalin anak sulung smp no 3 lbh kurang je...xde rasa sakit ape2 tetiba je dah buka jalan ...tup2 nak besalin dah...Tapi mmg dah rasa sakit main2 org tua2 cakap...tiap kali pregnant masuk je 5 or 6 bln dh mmg start rasa sakit perut ..dalam seminggu mesti sakit 3 4kali...kadang2 tu hari2 sakit smp la 8bulan pregnant tu br dia hilang je ..cuma xla sakit sangat...rasa cam sakit perut nak membuang tu je la...dan oleh sebab sakit yang main2 tu agak lama..so bila dah dekat2 nak besalin tu jadi confius dah...

Masa anak sulung tu time checkup kat klinik tetiba doc ckp perut awak ni mengeras je awk sakit ke? Saya senyum je la....xla doc..mmg selalu mcm tu...
Ha? Selalu mcm ni...awk sakit ke x?
Ala mcm skt perut nk buang tu jela...
OK..tarik kaki ni sikit...mcm gaya org nak besalin tu...saya nak cek jalan
Ha? Gluurrppp...aik..cuaknye..apesal nk cek jalan plk ni..
Dah buka 1cm...so..ready je la..tp biasanye anak sulung ni lmbt sikit..doc bg penerangan..cuma kn ready la sbb dah buka jalan...so saya assume seminggu lg awak akan bersalin...
Aik..br 36 minggu ++ je...xpela...tunggu je la..
Mmg betul rupanya...tp x smp seminggu pun ...genap je 37minggu..4 hari selepas cek jalan tu..rs mcm ade benda turun ...tp xde tanda ape2 pun..disebabkan risau jgk la trs ajak husband g hospital...tp time tu hari jumaat..so husband ckp rs2 blh tunggu lepas sembayang jumaat x..saya ok je sbb x sakit pun..kalo sakit mmg xleh tunggu dah la...hehehe
dlm pkl 3 ptg tu kami suami isteri g la hospital...smp je trs bg tau misi kat kaunter tu..misi tu srh saya baring dulu kat katil sementara dia panggil doktor...
Lps cek jalan je..doc ckp ok..dah boleh tolak masuk labour room..dh buka 7 cm...
Ha? tekulat2 la masa tu..sempat lg saya tny doktor tu..dah buka ke..tp x de rasa ape2 pun...
xpe..saya masuk ubat untuk awak buang air besar dulu...lps tu kita masuk labour room..
Huh..lps je masuk ubat nak bg membuang tu...apa lagi mmg terus turun katil dah x pandang kiri kanan menonong je g toilet...Misi kat luar pintu toilet dah panggil2..Khairiza...jgn lama2 sangat tau..awk jangan teran plak dalam toilet ni...
Hah..dah x peduli dah sume tu..yang penting buang hajat dulu...smp kan pintu toilet tu dh kena ketuk berkali2 ngan misi tu ..khairiza dah2 ...kita nak g labour room dah ni...
Bila dah lega...masuk plak labour room...buat CTG dulu sambil tunggu jalan buka besar lagi..so misi tu datang lepas setengah jam...
Doktor tgk graft CTG tu dan tanya ade rasa sakit x...
geleng kepala je la..mmg dah x sakit...
ok..Sekarang kami kena induce awk ye ..sbb nak besalin kena rasa sakit.
waaaa!!!! nak kn bg sakit plk dah...redha jela
lama jgk nak tgu habis sebotol air yg diinduce tu...misi dtg tgk n tny sakit x?
senyum2 simpul jela...x sakit...
kak..saya nak tukar masuk botol yg kedua ni...lps ni saya takut akk x tahan sakit..akk nak x epidural...
ha? sebab sebelum tu mmg dh dscuss ngn husband xnak ambik epidural..
misi tu bgtau saya bkn nak takutkan akk..tp kot akk xtahan je nnt..
bila dah dgr mcm tu..setuju je la..
masa tu dh nk mgrb..saya srh husbnd p solat mgrb dulu...
elok je husband saya melangkah keluar dr blk labour room tu...haaa...tetiba rasa mcm nak meneran buang air..misi yang nk pambik epidural td dh masuk bilik n tny akk sakit ke..
aah mcm nak teran je rasa ni..
ok..akk rilex dulu tarik nafas..sementara tu dgr misi tu dok jerit2 panggil doktor n beberapa misi lain ..sekelip mata tgk dh penuh ngn misi doktor..doktor pelatih sume ade...
Dengar jgk doc tu tny husband puan ni g mana
saya sempat lg tlg jwb kan..husband saya g surau
ok2..dah xleh tunggu akk push je sekarang..
Alhamdulillah..husband saya sempat masuk dlm bilik labour room tu
2 x push dah keluar baby...Alhamdulillah dapat baby girl..selamat semuanya...

MACAM TU LA CERITA MASA NAK BESALIN ANAK SULUNG TU....KITA TUNGGU PLAK CERITA SETERUSNYA YE..PENGALAMAN BESALIN ANAK NO 2....

Khamis, 24 April 2014

FABRIC SOFTENER SHAKLEE

Huh...Lega dah settle kerja-kerja rumah arini...tapi tetap maintain...makan vitamin la katakan...hehehehe...dah start guna fabric softener ni smp naik syok plak..asik nak membasuh kain je la kejanye...pastu x abih kat stu je...sume barang dlm umah ni saya lap guna softener ni..heheheh....nk wangi punya pasal...sampaikan mop lantai pun saya tuang je softener ni...huuurrmmmmm...wangi nye rumah....baru syok...smbil2 dok menunggu hari je nak besalin ni..bak kata mak saya..kena laska2 sikit..xleh nak manja2 sangat baru senang nak besalin...haaa apa lagi...abih sume aktiviti dlm umah saya wat...lap sana lap sini sume guna softener ni...walhal beli untuk softener kain..tapi dh xjd softener dah..jadi pewangi dlm umah plk nih...hehehe...apa2 pun yang penting sumenya dari bahan semulajadi...


Bagi yang berminat boleh hubungi

IZA
012-6922403
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan

Isnin, 7 April 2014

CELOTEH PREGNANT

 
Rasanya dah lama x beceloteh kat blog ni..Petang2 ni nak cerita sikit ..testimoni diri sendiri..hehheheh

Sekarang  ni tgh pregnant 7 bulan...sebelum2 ni kalau pregnant macam2 hal sepanjang pregnant tu nak menunggu ke bersalin...dengan crame kat kaki la sakit kat sendi tangan la ( dah mcm athritis pun ade) muntah2 pening x larat letih semua ada...Tapi Alhamdulillah sejak pregnant kali ni rasa cergas je la plak..xlarat tu mmg la ada jgk kdg2 time2 buat keja bnyk2 tu..tp xla smp asik nak tido je keja xpun nk jalan 1 meter pun membawak sampai ke 2jam..hehhe..Alhamdulillah dengan izin Allah sejak pregnant mmg dah consume set hamil Shaklee.

...ESP, ostematrix, Bcomplex, Vitalea , Vitamin C dan Omega...

Memang pregnant kali ni saya nak test diri sndiri dengan amalkan set hamil shaklee ni nak tgk keadaan diri macam mana...Dah tentu juga amalan2 lain tidak dilupakan..baca surah maryam, yasin , solat2 sunat dsbnya...

Tiap kali saya pregnant hb saya mmg low...dan tiap kali cek up pun saya mmg dah agak dah..habis la semua senarai pemakanan untuk tambah darah la ubat mcam2 jenis doc bg supaya hb naik..tp mmg x naik2 jgk smp la besalin...Tapi..kali ni mmg berbeza..hb saya cantik je...hehe..mmg ms awal2 pregnant ade sedikit turun sbb saya makan vitamin shaklee tu skip2 ikut suka je..lps tgk hb low saya trs tmbahkan dos vitamin dan setiap hari mesti ambil semua vitamin2 tu...yela xkan xmakan membazir plak..dan hasilnya hb saya ok smp skrg..dan yang paling best berat saya hanya naik sikit2 je ikut keperluan...hehehhe..kalau dulu selagi x bersalin hussshhhh jangan citer la pasal berat badan ni..mmg naik kow2 punye...air gula? eerrrmmmm xyah citer la mmg kena minum la kalau dah berat naik tu...naik pening loya nak muntah semua ada kena minum air gula tu...Alhamdulillah smp skrg masih lagi x kena minum air gula tu..mmg doa bnyk2 mintak dijauhkan ...hehehe..xmo la minum air gula tu ..x lalu...

Saya juga bukan jenis penggemar susu..jadi mmg la xboleh mnm susu2 segar ke low fat milk ke unless yg ada perisa mcm choclate ke strawbery ke yang tu boleh...tp x lalu la plk hari2 nak ngadap susu tu je...agaknye tu yang jadi crame2 bagai masa pregnant..dah x cukup kalsium..penah 1 tahap saya smp sakit gigi..dan ada kawan2 yang ckp jgn samapi luruh gigi ko tu dah la...hahhahaa...uuiiishhhh xmo2...jgn la smp tercabut habis gigi2 time2 pegnant ni...so kali ni saya dah stndby dengan ostematrix..mula2 biasa la mkn pun 2 bj je ala2 janji makan..rupanya xlut jgk..crame kaki perut sume ade...lps tu saya tambah dos dr 2 bj ke 4 bj dan kdg2 ambil 6 -8 bj sehari...mmg lena diulit mimpi la tido...xde lagi crame tgh2 mlm..bygkan tgh2 syok tdo nak pusingkan badan je tetiba crame ...tooolooonggggg.....husband la jadi mangsa bgun tgh2 malam tu picit2 kaki...tp sekarang tidak lagi...hehhehe..dh mcm iklan plak..

1 lagi yang saya perasan strectmark...uuuuu..yang ni mmg bnyk ibu2 yang pregnant nak elakkan..tmbh2 time2 kulit tu nak meregang..mmg akan rasa gatal2 di perut dan tangan pun syok sangat garu2 smp x sedar kesan2 kat perut tu...tapi Alhamdulillah kali ni xde la rasa2 nak menggaru di bahagian perut tu...elok je kulit meregang tanpa masalah...so sape2 yang bnyk sgt masalah time2 pregnant tu cuba try consume produk shaklee ni dan tgk sendiri perbezaannya...

Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah jua...saya berdoa agar dapat merasai kenikmatan hamil dan dipermudahkan sehingga bersalin.... Amin





Bagi yang berminat boleh hubungi

IZA
012-6922403
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan

Need an Invite?

Want to attend the wedding event? Be our guest, give us a message.

Nama E-mel * Mesej *