Khamis, 2 Oktober 2014

Tagged Under:

MASALAH KEPUTIHAN WANITA

Share
Apa itu keputihan?
Masalah keputihan adalah sinonim pada wanita. Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu keputihan yang keluar dari faraj wanita dan mempunyai pelbagai sifat dan berbeza pada setiap wanita yang lain.
Lazimnya, keputihan yang tidak berubah warna kepada kekuningan dan kehijauan bererti tiada jangkitan. Jika keputihan berlendir dan tidak membeku seperti susu basi atau berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Bagaimana masalah keputihan terjadi?
Keputihan berubah mengikut perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubat-ubatan dan juga penyakit dalaman.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Keadaan stress juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial Vaginosis, Candida Vaginitis, Trichomonas Vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat yang berbeza dan bauan tertentu.
Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah lendiran biasa dan bukan disebabkan jangkitan.


Simptom-simptom anda mengalami masalah keputihan.

  1. Mengalami masalah kegatalan pada faraj.
  2. Kerap mengalami 'white discharge' berwarna putih dan kekuningan serta berbau.
  3. Tidak selesa apabila 'bersama' suami.
  4. Perlu memakai panty liner setiap hari.

Bagaimana mengatasi masalah keputihan?

Antara amalan-amalan tradisional yang boleh diamalkan adalah seperti dibawah. Dan setiap kesulitan/penyakit itu ada ubatnya cuma kita kena berusaha untuk mencari penawarnya.

Yang penting dapatkan nasihat doktor!!

Cara Pertama
1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

Cara Kedua
1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2. Kemudian sediakan 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.


Cara Alternatif :

Anda boleh mengambil supplemen ALFALFA COMPLEX sebagai jalan penyelesaian. Ia bukan sahaja membantu dalam mengatasi masalah keputihan malah pelbagai masalah-masalah  lain..

Bagi yang berminat boleh hubungi

IZA
012-6922403
FB:Khairiza Rashid
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan

2 comments:

nancy najwa berkata...

good info.. Tq sharing..

Dunia Ibu berkata...

Good info sy pun dulu ada masalah ni now dah amik alfafa dah ok best makin elok walaupun anak 3

Need an Invite?

Want to attend the wedding event? Be our guest, give us a message.

Nama E-mel * Mesej *