Sabtu, 9 Mac 2013

Tagged Under:

TUN DR MAHATHIR PUN AMALKAN VITAMIN SHAKLEE

Share

 Umum sedia maklum Tun Dr Mahatir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun isianya kini sudah mencecah 86 tahun.
Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?
5 cara mengekalkan tahap kesihatan sehingga usia emas cara Tun Dr Mahathir ...

1) TIDAK MEROKOK

Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.
    Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini disebabkan asap rokok yang mengandungi karbon monoksida akan bergabung dengan hemoglobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung dengan hemoglobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke seluruh badan dengan efisyen, terutamanya bahagian kaki yang saiz arterinya semakin mengecil.
    Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka akan meningkat. Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.


2) TIDAK MINUM ARAK 

 Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

 Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

3) MAKAN SECARA SEDERHANA

Kunci kepada amalan makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan . Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.
 

4) AMBIL MULTIVITAMIN 
  Gaya hidup kita yang sentiasa sibuk kadangkala sehingga lupa memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan. Jadi jika kita tidak boleh mendapatkan zat atau vitamin daripada pemakanan kita, seharusnya pengambilan multivitamin perlu agar kesihatan dapat dijaga walau dalam keadaan sibuk macam mana sekalipun. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

5) TIDUR YANG CUKUP

Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
 

0 comments:

Need an Invite?

Want to attend the wedding event? Be our guest, give us a message.

Nama E-mel * Mesej *