Rabu, 24 April 2013

Mengapakah saya rasa pening semasa hamil?




Mengapakah saya rasa pening semasa hamil?

Sebab mengapa anda berasa pening bergantung kepada usia kehamilan anda. Pada awal trimester pertama anda mungkin rasa pening dan loya kerana tekanan darah yang rendah. Ini berlaku kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah anda, menyebabkan tekanan darah anda menurun. Ini boleh menyebabkan anda berasa pening dari seawal minggu kelapan. Tetapi ingat bahawa pening adalah ciri-ciri biasa kehamilan. Di antara setengah hingga tiga perempat daripada wanita hamil akan merasa pening.
Dalam trimester kedua dan ketiga, rahim anda yang sedang membesar berkemungkinan menekan saluran darah. Ini juga boleh menyebabkan anda berasa pening. Sebab-sebab lain mengapa anda mungkin berasa pening termasuk:

·         Jika anda berdiri terlalu cepat, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak. Ini dipanggil hipotensi postural.
·         Jika anda berbaring terlalu lama. Kira-kira satu dalam 10 wanita hamil mengalaminya disebabkan oleh tekanan darah.
·         Jika anda belum makan dan gula dalam darah rendah, terutamanya pada lewat petang.
·         Jika anda kekurangan zat besi dalam darah (anemia).
·         Jika anda terlampau panas.

Apakah yang boleh saya buat untuk menghilangkan rasa pening?

Ini bergantung kepada apa yang menyebabkan anda berasa pening, tetapi langkah pertama yang terbaik ialah duduk. Ini bukan sahaja membantu menghentikan pening, tetapi anda dapat mengelak daripada terjatuh.
Bergerak dengan lebih perlahan turut membantu. Contohnya, cuba bangun perlahan-lahan berbanding bangun dengan tiba-tiba daripada kerusi atau katil.
Jika anda berasa pening semasa berbaring, mengiringlah ke sebelah kiri kerana ini akan membantu jantung anda mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih mudah.
Ini mungkin juga satu cara badan anda memberitahu bahawa anda memerlukan penambahan tenaga. Jika anda belum makan dalam masa satu atau dua jam, snek ringkas dan cepat dapat menaikkan tahap gula dalam darah anda. Dan pastikan anda tidak terdehidrasi. Minumlah air atau jus buah.
Dalam kes-kes tertentu, anda tidak dapat berbuat apa-apa kecuali duduk atau baring mengiring dan tunggu sahaja ia berlalu. Masalah pening yang datang dan pergi ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang kehamilan.

Adakah masalah pening semasa hamil ini berbahaya?
Jarang sekali. Tetapi walaupun ia perkara biasa, jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bahaya terbesar daripadanya ialah pitam. Jika anda berasa hendak pitam:
·         baring mengiring ke sebelah kiri;
  • atau duduk dengan meletakkan kepala di antara kedua-dua lutut.
Posisi ini dapat menggalakkan perjalanan darah ke otak, yang mana dapat meredakan rasa hendak pitam.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Anda patut berjumpa doktor jika anda pitam, jika anda sering pening atau jika anda turut mengalami:
·         kesakitan di bahagian pelvis atau perut;
  • sesak nafas
  • penglihatan kabur;
  • jantung berdebar;
  • sakit kepala ;
  • muntah.
Pening boleh jadi satu simptom anemia yang serius. Ia juga boleh jadi kerana anda bernafas terlalu cepat atau terlalu dalam (hiperventilasi). Ia juga boleh jadi disebabkan oleh sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan kehamilan anda. Sebab itulah jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, jangan teragak-agak untuk meminta bantuan. Tetapi ingatlah bahawa berasa pening akibat terlampau panas,kelaparan,loya atau berdiri terlalu cepat sering kali hanyalah sebahagian daripada asam garam kehamilan.

Isnin, 15 April 2013

OMEGA GUARD

12:23 PTG sihatsemulajadi


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee


1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 

    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)



2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 



3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 

    ketumpatan minyak hati ikan.



4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.



5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.



6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 

    berteknologi terkini



7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak 

    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 

    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.





  Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee


1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3.  Mencegah salur darah dari tersumbat

4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok

5.  Mengekalkan tekanan normal darah

6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher

7.  Mengurangkan sakit kepala

8.  Merendahkan kolestrol

9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

11. Mengawal masalah obesiti

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung

13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
      otak janin

14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 

      (lupus erythematosus)

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia  
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan  
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia  
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak




Bagi yang berminat boleh hubungi

IZA
012-6922403
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan

CELOTEH SET MINDA ANAK-ANAK



Alhamdulillah..pagi ni sempatlah sikit nak menulis kat blog ni selepas menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah...Pagi ni saya nak share sikit pasal vitamin harian yang memang saya beri untuk anak-anak sebelum ke sekolah ataupun memulakan aktiviti harian mereka...Bukan apa..saya cuma mahukan yang terbaik untuk mereka agar sentiasa berada dalam keadaan cergas dan cerdas...

Ok..gambar yang kat atas tu  adalah makanan tambahan / vitamin yang saya bekalkan untuk anak2 saya setiap pagi..Biasala..anak2 ni macam2 ragam..macam anak saya sendiri x mau breakfast sebelum ke sekolah..jadi..vitamin-vitamin ni la yang saya beri agar anak saya tidak letih dan sentiasa cergas dan boleh fokus semasa didalam kelas...

Apa yang nak saya kongsikan di sini...tahap perkembangan dalam pelajaran mereka semakin meningkat..walaupun anak saya yang sulung tu , Mia berusia 6 tahun..tapi tahap membacanya agak lemah..Alhamdulillah..selepas mengamalkan vitamin Set Minda ni( Vitalea Children, Lecithin, Mealshake dan Vita C Chewable) ..sudah nampak perubahan pada anak saya...bila di ajar tu dia cepat dapat dan mudah ingat...Dah la saya ni jenis yang garang bila mengajar..jadi bila susah sangat nak dapat apa yang saya ajar di rumah tu ..eeemmmm...mula la nak naik hangin..hehehe....so, sekarang ni bila ajar Alhamdulillah..lancar je sebutan dan bila ditanya semula dia akan ingat...Begitu juga dengan anak saya yang no 2 tu, Iesha  baru berusia 3 tahun..yang ni agak agresif dan aktif..tapi bab mengaji atau belajar ada je cara dia nak tepis...nak makan dulu la, xnak baca buku yang ni..nak yang kakak punya la..macam2 ragam...Namun semuanya sudah ade perubahan..Alhamdulillah..dengan usianya yang baru 3 tahun tu..Iesha dah pandai baca surah Al-Fatihah, surah 3 Qul, Rukun Islam, Rukun Iman dan juga boleh menerima pelajaran asas yang lain.

Bagi mereka di luar sana yang mempunyai masalah dengan anak-anak yang mungkin lemah dalam pelajaran atau ingin mendidik mereka sejak di awal usia..mungkin anda sebagai ibu/ bapa boleh cuba memberi vitamin tambahan sebagai pelengkap hidup mereka agar minda mereka sentiasa cergas dan cerdas...Namun sebagai ibu/bapa..kita juga perlulah sentiasa berdoa terutama apabila selesai sahaja solat..memohon agar anak2 kita menjadi anak2 yang soleh/ solehah dan juga memberi kesabaran pada kita sebagai ibu/bapa dalam mendidik anak2...


Bagi yang berminat boleh hubungi

IZA
012-6922403
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan

Ahad, 14 April 2013

SET KESUBURAN


Bagi mereka yang belum dikurniakan cahaya mata..usah gusar..anda boleh cuba set kesuburan dari shaklee ni..Dalam set ni ade Vitamin E complex, Gla Complex dan juga Zinc Complex.

Set Kesuburan ni adalah untuk diamalkan oleh suami dan isteri disebabkan kita sendiri tidak tahu tahap kesuburan pasangan masing-masing..Jadi, disarankan suami dan isteri mengamalkan vitamin Shaklee ni..Insyaallah..kita hanya berusaha ..Allah yang menentukan segalanya..Disamping itu..perbanyakkan doa dalam setiap solat kita supaya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat..

Bagi yang berminat boleh hubungi

IZA
012-6922403
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan

Ahad, 7 April 2013

VITAMIN E COMPLEX


Sebenarnye khasiat Vitamin E ni bukan saje untuk kulit..tapi banyak lagi khasiat lain..nak tau ape khasiat2 nye ...ni dia...

Bagi yang berminat boleh hubungi

IZA
012-6922403
Shaklee Independent Distributor
Selami Keberkatan Dalam Kehidupan

Need an Invite?

Want to attend the wedding event? Be our guest, give us a message.

Nama E-mel * Mesej *